Monday 31 October 2011

Video Masakkan Kuih Lepat Pisang

Penyediaan Kuih Tempatan

Kuih Puteri Ayu


Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.



Kuih Tepung Gomak 




 Bahan-bahan ( 20org )

  • 300gm tepung pulut
  • 300g tepung kacang hijau
  • * Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaulkan tepung pulut, sedikit tepung gandum dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  6. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.

Contoh Kuih Tempatan

Bingka Ubi Kayu






















Kuih Koci

 Karipap
Kuih Lapis




Ondeh-ondeh
















Ketayap


 Kuih Bom










Buah Melaka







Tepung Bungkus

Kuala Lumpur

Sumber Kuih Tempatan

Bahan tempatan merupakan bahan yang boleh didapati di negara kita.

KELAPA

Kelapa parut boleh dijadikan sebagai inti kuih, dicampur ke dalam ramuan membuat kuih atau sebagai saduran kuih. Kelapa muda lebih sesuai digunakan untuk membuat kuih.



SANTAN

Merupakan air perahan kelapa parut. Santan menggunakan kelapa tua untuk memperoleh lebih banyak santan. Ia digunakan sebagai ramuan kuih. Hanya dicampur ke dalam kuih apabila kuih hampir masak untuk mengelakkan santan mendidih.


GULA MELAKA

Dibuat daripada nira atau manisan dalam mayang kelapa atau bunga kelapa. Berbau wangi dan tidak semanis gula tebu. Berwarna perang dan digunakan sebagai pewarna dan inti kuih.










PISANG


Pisang boleh dikatogerikan kepada dua kumpulan, iaitu pisang desert dan pisang dimasak.

PISANG DESERT

Manis dan sedap apabila cukup masak. Sebagai pencuci mulut dan boleh digunakan untuk menghasilkan kuih seperti lepat pisang dan kuih bakar pisang.
PISANG DIMASAK

Kurang manis. Kuih yang dihasilkan adalah seperti pisang goreng dan jemput-jemput pisang. Contohnya Pisang raja, pisang tanduk dan pisang nangka.






UBI-UBIAN
 
Ubi keledek menghasilkan kuih onde-onde keledek, kuih keria, kuih badak, badak keledek dan sebagainya.

Ubi kayu telah digunakan sekian lama termasuk pada zaman penjajahan. Ia menjadi makanan rutin pada masa itu. Ubi kayu menghasilkan kuih ubi kayu kukus, bingka ubi kayu, dan lepat ubi kayu.




UBI KELADI

Ia menghasilkan kuih seri kaya keladi dan kuih keladi savouri.


TEPUNG BERAS

Tepung beras kering  sesuai digunakan sebagai bater penyadur untuk pisang goreng, cempedak dan keledek goreng. Bater penyadur tepung beras lebih garing daripada bater penyadur tepung gandum. Manakala Tepung beras lembap menghasilkan kuih kukus yang lebih halus daripada tepung beras kering, misalnya kuih lompang dan kuih lapis.

 BERAS PULUT

Sejenis beras yang lebih berkanji dan lebih melekit daripada beras putih. Menghasilkan kuih manis seperti wajik, pulut inti dan seri muka. Kuih savouri hasil beras pulut adalah seperti pulut panggang. Tepung pulut menghasilkan pelbagai kuih tempatan seperti kuih koci, tepung gombak, dan buah melaka.

SAGU

Diperbuat daripada empulur pokok rumbia atau tepung ubi kayu. Jenis sagu yang boleh didapati ialah sagu mata ikan dan sagu telur ikan. Tekstur sagu yang siap dimasak berupa lutsinar, lembik dan melekit. Kuih yang dihasilkan adalah seperti abuk-abuk puding sagu dan kuih sagu.

Kuih Tempatan (Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Tingkatan 1)


Kuih tempatan ialah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan. Kuih tempatan yang didapati di Malaysia menggambarkan budaya dan tradisi penduduk yang berbilang kaum di negara ini.

Kuih tempatan merupakan pilihan ramai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut, hidangan untuk sajian minum teh pagi dan petang dan makanan bekal.