Projek

Aktiviti : Menyediakan Pelbagai Jenis Kuih Tempatan

Tujuan : Menyediakan pelbagai Jenis Kuih berdasarkan sumber kekayaan sumber kekayaan negara.

 Resepi Buah Melaka

RamuanUtama   :  Tepung pulut
Kaedah               :  Merebus
Bahan                 :  1 cawan tepung pulut
                               1/2 ketul gula melaka 
                               1/2 biji kelapa parut
                               1 sk garam
 Langkah:

Tepung pulut dicampur air untuk dijadikan doh.Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan sedikit gula melaka di bahagian tengah dan bulatkan doh. Pastikan doh tidak belubang supaya gula melaka tidak keluar daripada doh apabila masak nanti. Didihkan air dalam periuk dan masukkan doh ke dalam air mendidih. Kuih akan terapung apabila masak. Angkat dan toskan air kemudian golekkan kuih dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Resepi Tepung Gomak

RamuanUtama   : Tepung pulut
Kaedah               : Merebus
Bahan                 : 2 cawan tepung pulut
                              1/2 sk garam garam
                              Tepung kacang hijau secukupnya 
Bahan inti          : 1 ketul gula melaka
                             1 sudu besar gula pasir
                             1 1/2 cawan kelapa parut
                             1/2 sk tepung gandum

  

Langkah
Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan tepung gandum dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan sebelum dibentukkan bulat-bulat supaya mudah dimasukkan dalam doh. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang boleh dibentuk.  Hasilnya, lebih mudah dibentuk. Ambil sedikit adunan tepung pulut dan leperkan untuk memasukkan inti. Bulatkan dan dileperkan seperti dalam gambar. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap. Masak sehingga kuih timbul, angkat dan tiriskan air. Golekkan dalam tepung kacang hijau.