Bahan tempatan merupakan bahan yang boleh didapati di negara kita.
KELAPA
Kelapa parut boleh dijadikan sebagai inti kuih, dicampur ke dalam ramuan membuat kuih atau sebagai saduran kuih. Kelapa muda lebih sesuai digunakan untuk membuat kuih.
SANTAN
Merupakan air perahan kelapa parut. Santan menggunakan kelapa tua untuk memperoleh lebih banyak santan. Ia digunakan sebagai ramuan kuih. Hanya dicampur ke dalam kuih apabila kuih hampir masak untuk mengelakkan santan mendidih.
GULA MELAKA
Dibuat daripada nira atau manisan dalam mayang kelapa atau bunga kelapa. Berbau wangi dan tidak semanis gula tebu. Berwarna perang dan digunakan sebagai pewarna dan inti kuih.
PISANG
Pisang boleh dikatogerikan kepada dua kumpulan, iaitu pisang desert dan pisang dimasak.
PISANG DESERT
Manis dan sedap apabila cukup masak. Sebagai pencuci mulut dan boleh digunakan untuk menghasilkan kuih seperti lepat pisang dan kuih bakar pisang.
PISANG DIMASAK
Kurang manis. Kuih yang dihasilkan adalah seperti pisang goreng dan jemput-jemput pisang. Contohnya Pisang raja, pisang tanduk dan pisang nangka.
UBI-UBIAN
Ubi kayu telah digunakan sekian lama termasuk pada zaman penjajahan. Ia menjadi makanan rutin pada masa itu. Ubi kayu menghasilkan kuih ubi kayu kukus, bingka ubi kayu, dan lepat ubi kayu.
UBI KELADI
Ia menghasilkan kuih seri kaya keladi dan kuih keladi savouri.
TEPUNG BERAS
Tepung beras kering sesuai digunakan sebagai bater penyadur untuk pisang goreng, cempedak dan keledek goreng. Bater penyadur tepung beras lebih garing daripada bater penyadur tepung gandum. Manakala Tepung beras lembap menghasilkan kuih kukus yang lebih halus daripada tepung beras kering, misalnya kuih lompang dan kuih lapis.
Sejenis beras yang lebih berkanji dan lebih melekit daripada beras putih. Menghasilkan kuih manis seperti wajik, pulut inti dan seri muka. Kuih savouri hasil beras pulut adalah seperti pulut panggang. Tepung pulut menghasilkan pelbagai kuih tempatan seperti kuih koci, tepung gombak, dan buah melaka.
SAGU
Diperbuat daripada empulur pokok rumbia atau tepung ubi kayu. Jenis sagu yang boleh didapati ialah sagu mata ikan dan sagu telur ikan. Tekstur sagu yang siap dimasak berupa lutsinar, lembik dan melekit. Kuih yang dihasilkan adalah seperti abuk-abuk puding sagu dan kuih sagu.
No comments:
Post a Comment